K-Pop Resmi Jadi Aliran Musik di YouTube


TIDAK boleh dinafikan bahawa laman web berkongsi video YouTube berperanan penting dalam menyebarkan demam K-Pop ke seluruh dunia.

Banyaknya video klip muzik Korea yang dimuat melalui laman web ini membuat fans dari pelbagai negara boleh menontonnya dengan mudah.

Mengutip laman AllKpop, laman YouTube telah rasmi memasukkan "K-Pop" sebagai salah satu jenis aliran musik. Ertinya, kini K-Pop diakui sebagai aliran muzik layaknya Pop, Rock, R & B, Rap, Folk, Latin, dan banyak lagi.

Ini merupakan sebahagian daripada kerjasama YouTube dengan Google yang bertajuk"Korea Go Global".

Eric Schmidt, Executive Chairman dari Google pada 7 November silam telah berkunjung ke Korea dan bertemu dengan Lee Myung Bak, presiden Korea Selatan,dan pakar-pakar IT dari negeri ginseng itu untuk membincangkan rencana membuat channel khusus K-Pop di Youtube.

Hasilnya, Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan telah menandatanganiperjanjian perniagaan dengan Google Korea yang menyatakan bahawa akan banyak kegiatan promosi kebudayaan Korea melalui YouTube.

"Senang melihat YouTube menyertai mempromosikan K-Pop, dan mengenalkan aliran ini ke seluruh dunia. Populariti K-Pop membuatnya masuk sebagai aliran muzik di YouTube.

Seterusnya, kami juga telah merancang banyak aktiviti untuk promosi K-Pop sebagaisebahagian daripada program Korea Go Global, "jelas Yum Dong Hoon selaku CEO Google Korea.





1 comment:

Assalamualaikum..
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini
Satu Comment Pun Kira Ok Sudah (^_*)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...