[INTERVIEW] CN BLUE Dan FT Island 'Stand Up Sidang Akhbar oleh M Live'



FT Island dan CNBLUE berkongsi tentang muzik mereka dan juga konsert mereka yang akan datang di satu sidang media pada 8 Mac di Sheraton Hotel, Los Angeles.

Konsert itu akan diadakan di Nokia Theater pada 9 Mac, 8 malam PST.

Nokia Theater merupakan tempat di mana artis-artis seperti Lady Gaga, Kelly Clarkson, the Eagles dan Duran-Duran pernah membuat persembahan dan boleh memuatkan lebih 7,000 penonton.

Ketua CNBLUE, Jung Yong Hwa, berkongsi, "Membuat persembahan di America bagaikan mimpi yang menjadi kenyataan. Ia merupakan penghargaan yang sangat besar bagi kami," sebelum konsert tersebut.
 
"Jika kami terhibur dengan apa yang kami lakukan, penonton juga akan terhibur menonton persembahan kami dan ia akan menjadi satu persembahan yang hebat" dia menambah dengan yakin.

Kang Min Hyuk pula berkongsi cita-citanya, "Kekuatan kami adalah kami belum lagi menetapkan muzik kami kepada genre yang tertentu. Jadi, kami mahu menunjukkan kepelbagaian dalam persembahan kami,"

"Saya pernah melawat banyak negara tetapi semuanya tentang muzik. Bahasa bukan lagi penghalang," jelas Yonghwa.

Lee Jung Shin menambah, "Ada banyak lagu yang telah kami persembahkan dalam Bahasa Inggeris di Jepun. Kami telah menyediakan banyak lagu-lagu dalam Bahasa Inggeris supaya senang untuk kami berkomunikasi dengan penonton di Amerika."

FT Island juga tidak kurang dengan keyakinan mereka.

Lee Hongki berkata, "Kami menjanjikan satu konsert yang seronok, gembira dan santai. Kami akan menjadikan ia satu kenangan yang tidak akan dilupakan."

"Bila kami ke negara-negara lain, kaedah untuk bermain muzik adalah berbeza, tetapi akhirnya, muzik yang bagus akan mendapat pengiktirafan yang selayaknya," Lee Jae Jin menambah.

FT Island dan CNBLUE tidak menyembunyikan keinginan mereka untuk berjaya dalam industri muzik yang besar di Amerika.

Lee Hongki berkongsi, "Saya mahu belajar muzik di Amerika," manakala Jung Yong Hwa pula menambah, "Impian kami adalah untuk mendapat #1 di Carta Billboard."

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini
Satu Comment Pun Kira Ok Sudah (^_*)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...