Kisah Neraka Jahanam


Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka Jahannam itu
adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ianyamemiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, padasetiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng ituterdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannyapula terdapat 70,000 lembah dari api.
Dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa pada setiap lembah itu terdapat
70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000kala, dan dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kalatersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa
Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan
dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik sahaja pintu nerakaJahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka disebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung merekadisebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung diatas kepala dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan Mausia) apabilaterpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut danmemanggil-manggil, "Ya Tuhan kami, selamatkanlah

"
Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda :"Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan nerakaJahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarikoleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itubesarnya ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6yang bermaksud :

"Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi
keras."Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanansetahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang manakalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, makanescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulansahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.





No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini
Satu Comment Pun Kira Ok Sudah (^_*)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...