Cukuplah Aku Mencintai Dalam Diam


Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..
Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH!
“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH.”
(Adz Dzariyat : 49)


Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk.”
(Al Israa’ : 32 )

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.

Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu


Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup
Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga
Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan
Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(Al Baqarah : 216 )

Cerita 3 Orang Lelaki Dan Aku

Assalamualaikum...

Dan Selamat Malam.....
Korang apa cerita malam2 nie...mesti korang tgh online fb & twitter kan..
alleeee aku tahu...kan..kan...
mengaku cepat.....klo tak...
aku tak nak senyum...#


hehehe uiiittt...tersenyum plak aku nie..tadi tak nak senyum..
tapi tak pah lah aku nak senyum juga...

sbb cerita nie pasal aku dengan 3 orang lelaki nie..
lawak..cikit...lah klo di ikutkan aku..
tak tahu lah klo korang ckp tak lawak
sbb aku yg rasa lorh..
hahahaha #

macam nie aku tadi petang aku pergi ke Pejabat Pos..
mesti korang tertanya2 kan buat apa aku  pergi Pejabat Pos..
aku pergi sana sbb aku ambil Kartu Kad Kredit ku sampai..
jadi aku pergi lah petang tadi..
tapi time pergi 2..Pejabat Pos ya nak tutup sdh..
mahu tak mahu..pekerja Pos 2 sruh lah aku ambil
barang 2 dekat belakang..tempat 2 terlarang bagi orang luar jadi
aku nie orng luar lah..kan..
hehehe#

Aku pun pergi lah dekat belakng nie..
tapi masa 2..semua orang buat keja masing2
pasal dah nak pulang kan udah..
jadi dorang sruh lah aku tgguh sekajap..
dupp...dupp....

Kisah ya mcm nie...
.......
.....................................

Kecewa Kerana Cinta?

Kecewa kerana cinta?? Kalaulah cinta ILLAHI yang kau cari, kau tidak mungkin dikecewakanNya.



Satu phrase yang tiba-tiba popped out dari minda petang ini. Mungkin terlalu banyak terbaca status Facebook kenalan-kenalan yang sedang di alam keresahan dimainkan cinta manusia. 
 
****************************
"Kau mana tahu Diana, kau pernah bercinta?".
Oh, terasa sedikit kurang normal ya jika tidak pernah bercinta. 
"Kau tak laku. Kau jual mahal sangat. Kau bajet hot habes la tuh?".
Berfikir sejenak. Mugkin ada kebenarannya. 
"Ah.. Biarkan aku tak laku daripada dimainkan oleh cinta macam kau! Kecewa. Menangis berhari bermalam. Makan tidak, minum tidak", balas aku tapi hanya didalam hati. Aku hanya melemparkan senyuman. Tidak ingin menambahkan lagi luka dihatinya. Tapi aku menambah jugak, sekadar untuk membuatnya berfikir.
"Kau ingin cinta yang tak mungkin buat kau kecewa, Zura?".
"Eh, apa kau ni? Aku masih sayangkan Fik tau. Berani pulak kau nak kenalkan aku pada kawan lelaki kau untuk ubat kekecewaan aku ni? Kau ingat cinta aku ni main-main ke?".
Aku senyum. Memang cinta itu buta, bisu, pekak dan tidak dapat ditafsir menjadi satu makna yang sama bagi setiap orang kerana cinta tiada mata, mulut, hidung mahupun jasad seperti manusia. Tetapi perasaan cinta diciptakan oleh Allah maka Dialah yang mengetahui selok belok cinta yang sebenarnya.
"Cuba kau bercinta dengan Allah. Sebab Dia takkan mungkin buat kau kecewa". 
Noktah. Itu sahaja ayat terakhir yang keluar dari mulut aku untuk buat Zura tenang.
****************************
  
Saya sering menjadi Doctor Love. Ada yang berpangkat kakak dan adik datang bertanya pandangan saya tentang masalah cinta yang sedang keruh di hati mereka. Bagus. Kerana pengalaman cinta mereka membuatkan saya bisa menjadi Doctor Pakar Love. Hehe.. Petang ini, ingin saya berkongsi antara nasihat-nasihat yang biasa saya lemparkan kepada mereka. Anggaplah saya juga melemparkan nasihat ini kepada anda. Jadi, SAMBUTTTTT ! :p 

Wasiat Buat Teman >>


Mandikan aku dengan kesyukuran agar dapat aku sentiasa berterima kasih kepada Tuhan.
Kafankan aku dengan keinsafan agar dapat aku sucikan segala dosa silam.
Solatkan aku dengan ketenangan agar dapat aku tidur di kubur senang lenang.
Usungkan aku dengan kekuatan agar dapat aku tempis segala bisikan syaitan.
Tanamkan aku dengan kecintaan agar dapat aku curahkannya kepada Pencipta alam.


aku sudah tidak punya masa untuk lakukan itu semua sendiri
aku sudah tiada lagi di dunia ini
hidup aku sangat singkat
ya, hidup manusia sangat singkat

aku malu
sepanjang hidup aku
jarang sekali aku bersyukur kepada Tuhan atas nikmat yang diberi sebanyak infiniti
aku diberi banyak kelebihan
tapi aku riak, aku bangga, aku sombong, aku bongkak

aku malu
sepanjang hidup aku
tidak pernah aku insafi segala dosa yang aku lakukan baik dalam gelap mahupun terang
aku buka juga aib dosaku pada umum
segan tiada
ahh.. insaf jauh sekali

aku malu
sepanjang hidup aku
ketenangan bagiku hanya satu perkataan yang tidak pernah hadir dalam kitab hidupku
aku dikenali
kekadang aku disanjung tinggi
tetapi itu semua tidak dapat memberikan aku apa yang aku cari-cari dalam hidupku
yakni ketenangan di hati

aku malu
sepanjang hidup aku
sungguh aku sentiasa lemah telah rebah tunduk tanda tiada kekuatan di hati
bisikan syaitan yang hanya sekadar bisik
aku amati rapi
sehingga lemas dalam lautan maksiat keji

aku malu
sepanjang hidup aku
perasaan cinta yang dikurniakan oleh Rabb aku curahkan pada makhluk yang aku tahu tidak kekal abadi
aku sanjung meraka itu
aku cinta manusia ini
aku lupa akan Allah adalah cinta sejati

jika aku punya masa lagi
aku tidak perlukan wasiat ini
akan ku lakukan itu semua dengan sendiri
tapi semua itu tiada guna
sudah terlambat untuk suatu penyesalan
aku juga sudah tahu kesudahanku di neraka jahanam
wasiat itu bukan untukku
tetapi buat teman yang dipilih olehNya mempunyai hidup yang panjang
sediakanlah bakal jenazah teman dengan wasiat itu
sebelum wasiat itu bertukar tangan
kerana pada saat itu
wasiat hanya akan bertukar penyesalan..

*********************

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...