McDonalds Tawau



Assalamualaikum...
n pada rakan2 blog kiky..waahh kiky rasa lama dah kiky x berblog ya..n lama
betul x updet blog kiky...maklum lah x ada masa..
bezy terus...lorhh...

Hari nie kiky ceta pasal...
Restoran Baru nie...
yang baru d bina d Bandar Tawau...

" McDonalds "
mesti korang hairan kan...McDonalds..
bukan Restoran Baru pun...dah lama sebnrNya...

Boyfriend Kiky Rambut Baru Makin Macho


Assalamualaikum.....
hari nie kiky nak ceta pasal BF kiky nie amboi...
makin hari makin hensem lah plak...
nie yg makin hari tak tahan tengok rupa dia nie..(mengatal sikit)
hehehehe...#

Kangta Kembali Berlakon??


Kangta dikhabarkan tengah

Press Conference "Love Rain"


Pada tarikh 22 Mac 2012lebih dari 350 wartawan dan jurugambar beramai-ramai ke Hotel Lotte di Seoul untuk sidang akhbar drama yang akan datang "Love Rain" yang dibintangi Jang Geun-seok dan Yoona SNSD. Seorang wakil dari "Love Rain" menyatakan, "Wartawan tempatan dan antarabangsa datang ke tempat sidang media,tiga jam sebelum bermulanya acara. Kami percaya ini adalah respon terbesar darisidang akhbar yang pernah dimiliki".

Status Orang Mati Bunuh Diri


Hadis :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:":Sesiapa yang membunuh dirinya dengan benda tajam, maka benda tajam itu akan dipegangnya untuk menikam perutnya di neraka Jahanam. Hal itu akan berlangsung selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun sehingga mati, maka ia akan meminumnya di dalam neraka Jahanam selama-lamanya. Sesiapa yang menjatuhkan diri dari gunung semata-mata untuk membunuh diri, maka ia akan menjatuhkan dirinya ke dalam neraka Jahanam selama-lamanya." Riwayat Abu Hurairah

Huraian : 

i) Suatu topik yang sedang hangat terjadi dalam masyarakat hari ini ialah kejadian BUNUH DIRI. Dilaporkan bahawa puncanya adalah disebabkan kurangnya tahap didikan dan beratnya beban yang ditanggung oleh si pelaku.

ii) Di dalam Islam perbuatan membunuh diri adalah termasuk dalam dosa besar dan dilarang keras. Hal ini kerana manusia adalah makhluk yang dimuliakan oleh Allah dan diutamakan melebihi makhluk-makhluk ciptaan-Nya yang lain.

iii) Orang yang membunuh diri adalah orang yang lari dari tanggungjawab kemanusiaannya. Lebih parah daripada itu perbuatan tersebut menunjukkan kurangnya kepercayaan seseorang itu terhadap takdir Allah S.W.T sedangkan Islam mengajarkan umatnya tentang kepentingan sabar dan tawakkal serta melarang daripada sifat berputus asa dan sebagainya. 


iv) Orang yang beriman tidak boleh membunuh dirinya sendiri dengan sebarang alasan kerana Allah S.W.T pernah berfirman yang maksudnya:
"Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu." (an-Nisaa: 29)

Keliru Sama Ada Nazar Boleh Atau Tidak


Bernazar untuk tidak membuat dosa adalah sah. Golongan Salaf ada yang melakukan nazar agar mereka tidak melakukan dosa Ini merupakan cara mereke mendidik diri agar tidak melakukan dosa, dan mendenda diri merekam jika melanggainya. Petikan dari Siyar Alaam al-Nubalaa' (9/228) :-

قال حرملة : سمعت ابن وهب يقول : نذرت أني كلما اغتبت إنساناً أن أصوم يوماً فأجهدني ، فكنت أغتاب وأصوم . فنويت أني كلما اغتبت إنساناً أني أتصدق بدرهم ، فمن حب الدراهم تركت الغيبة.
"Berkata Harmalah : Aku telah mendengar dari Wahab berkata : I bernazar jika setiap kali aku mengumpat pasal seseorang Aku akan berpuasa 1 hari dan akan memenatkanku, kerana aku pernah mengumpat dan berpuasa. Oleh itu, setiap kali aku mengumpat pasal seseorang aku berjanji akan memberi 1 dirham kepada kebajikan, dan disebabkan aku sayang pada duit maka aku telah meinggalkan mengumpat"

Zahabi mengatakan : itulah demi Allah, sikap seorang ulama',

Nazar adalah melakukan berjanji melakukan sesuatu kerana Allah.

Firman Allah swt :-

وَمِنْهُمْ مَنْ عَاهَدَ اللَّهَ لَئِنْ آتَانَا مِنْ فَضْلِهِ لَنَصَّدَّقَنَّ وَلَنَكُونَنَّ مِنَ الصَّالِحِينَ
"Dan di antara mereka ada yang membuat janji dengan Allah dengan berkata: Sesungguhnya jika Allah memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, tentulah kami akan bersedekah dan tentulah kami akan menjadi dari orang-orang yang soleh. " [Surah al-Taubah : 75]

Abu Bakr al-Jassaas mengatakan ayat ini : (فِيهِ الدَّلالَةُ عَلَى أَنَّ مَنْ نَذَرَ نَذْرًا فِيهِ قُرْبَةٌ لَزِمَهُ الْوَفَاءُ ; لأَنَّ الْعَهْدَ هُوَ النَّذْرُ وَالإِيجَابُ ) - "menunjukkan bahawa barangsiapa yang melakukan nazar mendekati Allah hendaklah menunaikannya, kerana sesungguhnya Nazar adalah Nazar dan ia adalah satu kewajipan". [Ahkaam al-Quran, 3/208].

Barangsiapa yang telah bernazar hendaklah dia tunaikan. Sabda Nabi :-

من نذر أن يطيع الله فليطعه
"Barangsiapa yang bernazar untuk ta'at kepada Allah, maka biarkan dia menta'atinya" [Hadith Riwayat al-Bukhari #6318].

Mereka yang bernazar mempunyai 2 pilihan :-

a. Meneruskan untuk menunaikan Nazar tersebut.
b. Membatalkan nazar dan dikenakan Kafaarat Yameen (Kifarat)

Membatalkan nazar - Kafaarat Yameen

Hendaklah seseorang yang membatalkan nazar melakukan perkara berikut (kafaarat yameen) :-

a. Memberi makan kepada 10 orang miskin, atau
b. Memberi pakaian kepada 10 orang miskin, atau
c. Membebaskan hamba.

Jika tidak mampu melakukan diatas, barulah berpuasa selama 3 hari. Firman Allah swt :-


لَا يُؤَاخِذُكُمُ اللَّهُ بِاللَّغْوِ فِي أَيْمَانِكُمْ وَلَكِنْ يُؤَاخِذُكُمْ بِمَا عَقَّدْتُمُ الْأَيْمَانَ فَكَفَّارَتُهُ إِطْعَامُ عَشَرَةِ مَسَاكِينَ مِنْ أَوْسَطِ مَا تُطْعِمُونَ أَهْلِيكُمْ أَوْ كِسْوَتُهُمْ أَوْ تَحْرِيرُ رَقَبَةٍ فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ ذَلِكَ كَفَّارَةُ أَيْمَانِكُمْ إِذَا حَلَفْتُمْ وَاحْفَظُوا أَيْمَانَكُمْ كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
"Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah dan jagalah (peliharalah) sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum agamaNya) supaya kamu bersyukur. " [surah al-Maa'idah : 89]


Roh Harum & Roh Busuk


Hadis :Dari Abu Hurairah r.a katanya: "Apabila roh orang-orang mukmin keluar dari tubuhnya dua orang malaikat menyambutnya dan menaikkannya ke langit." Kata Hammad :"Kerana baunya harum seperti kasturi." Kata penduduk langit " Roh yang baik datang dari bumi. Sallallahu ‘alaika (semoga Allah melimpahkan kebahagiaan kepadamu) dan kepada tubuh tempat engkau bersemayam." Lalu roh itu dibawa ke hadapan Tuhannya Azza wa Jalla. Kemudian Allah berfirman:"Bawalah dia ke Sidratul Muntaha dan biarkan di sana hingga hari kiamat." Kata Abu Hurairah selanjutnya:" Apabila roh orang-orang kafir keluar dari tubuhnya – kata Hammad, berbau busuk dan mendapat makian-, maka berkata penduduk langit,"Roh jahat datang dari bumi." Lalu diperintahkan, bawalah dia ke penjara dan biarkan di sana hingga hari kiamat."
(Muslim)

Aku Ingin Mencintaimu Dengan Sederhana


Cintaku sederhana dalam kesederhanaan..
Cintaku tak berkobar-kobar penuh nafsu..
Cintaku sederhana dalam keterbatasan..
Cintaku tak menggebu-gebu laksana cinta yang semu, bergelora di awal namun redup di tengah perjalanan.
Cintaku sederhana, namun sanggup mencintaimu apa adanya..
Cintaku sederhana, namun mampu menyayangimu tulus..
Cintaku sederhana, namun hadir saat kau terjatuh..
Cintaku sederhana, namun ada saat kau terluka..
Cintaku sederhana, namun diikat dengan kesetiaan..
Cintaku sederhana, namun terukir di hati yang tulus.
Cintaku penajam imanku..
Cintaku penebal keyakinanku..
Cintaku penawar hati dari kelelahan dunia..
Cintaku sederhana, hanya mampu memberi..
“Aku ingin mencintaimu dengan sederhana..”

Kisah Pemuda Beribu-Bapakan Babi



Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah
S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit
Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa
sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah
kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang
di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan
mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah
mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan
mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan
akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya
bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan
masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan
melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa
seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi
Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam
hatinya penuh kehairanan.
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap
sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik.
Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor
babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan.
Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih
sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa
agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam.
"Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata
Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah
ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar,
Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal
dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku
sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari
aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat
tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan
tugasku.", sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku
bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang
sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu
lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai
Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil
baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang
sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan
maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di
maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat
kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami
pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang
soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka
pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada
ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti
babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat
kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan
urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang
sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau
banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan
kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua
ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat
yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam
kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran
wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah
dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di
sisi Allah.

10 Rumah Termahal di Dunia

Rumah adalah sesuatu yang tak dapat dipisahkan dari kehidupan manusia, karena selain berfungsi sebagai tempat perlindungan, rumah juga merupakan tempat dimana para manusia membina rasa sayang pada keluarga dan membangun komunikasidengan manusia lainya. daripada itu, rumah juga dapat menunjukkan status in sosial seorang di Masyarakat.
Tak hairanlah jika ramai manusia menghabiskan wang begitu banyak hanya untuk membangunkan rumah yang merupakan singgasana kepada mereka. bahkan tidakjarang berlaku pertumpahan darah demi sesuatu yang bernama rumah ini. begituberharganya sebuah rumah. Ini merupakan senarai 10 rumah termahal di dunia

10. Dracula’s Castle ($ 80.000.000)
Dahulubangunan ini adalah sebuah benteng, Si pemilik iaitu Archduke Dominic. Rumah ini memiliki 57 bilik, 17 bilik tidur dan banyak Furniture antik yang indah yang tentunyamempunyai nilai yang bersejarah tinggi.


9. Updown Court ($ 116.000.000)
Rumah ini terletak di Inggeris, memiliki 103 bilik, bilik bowling, panggung wayang besar,lebih daripada 3 kolam renang dan gelanggang squash. Khabar angin menyatakan rumah ini lebih luas daripada istana buckingham.


8. Maison de l’Amitie ($ 125.000.000)
Dimiliki oleh Donald Trump, rumah ini dibangun di kawasan yang terbentang sepanjang80.000 kaki persegi, di dalamnya terdapat konservatori, ruangan dansa, 15 bilik tidur, 8setengah-mandi, sebuah rumah tenis dan paviliun mewah.


7. Fleur de Lys ($ 125.000.000)
Rumah ini dibangunkan oleh Suzanne dan David Saperstein. Rumah tersebut memiliki 15 bilik tidur dan Eksterior ditutupi dengan kapur Perancis sementara interiormenyiramnya dengan emas 24 karat. Rumah tersebut juga memiliki perabot seperti polatirai Marie Antoinette dan kursi Favorit Napoleon.



6. Hala Ranch ($ 135.000.000)
Dimiliki oleh Pangeran Bandar bin Sultan bin Abdulaziz dari Arab Saudi, memiliki 27bilik mandi dan 15 bilik untuk tidur bersama dengan kolam renang dalam bilik, skipersendirian, kilang pemprosesan sisa, gelanggang tenis, bangunan ini dibangunkan dikawasan yang terbentang sepanjang 14.397 kaki persegi .


5. Aaron Spelling’s Manor ($ 150.000.000)
Rumah ini berdiri di kawasan yang terbentang sepanjang 56.000 meter persegi tanahdan dibangunkan pada tahun 1991. Mempunyai 123 bilik, gelanggang tenis, arenaskating, bowling dan beberapa kolam renang.


4. The Penthouses at One Hyde Park ($ 160.000.000)

Rumah ini memang masih sedang dalam proses pembinaan, namun begitu kemudahanyang ada di dalam rumah ini sangat mewah, bahkan boleh dikatakan seperti hotel. adakhabar yang mengatakan bahawa sekiranya bangunan ini sudah selesai sepenuhnya, iadapat mengalahkan harga William Randolph Hearst 's Mansion.


3. Elena Franchuk’s Victorian Villa ($ 161.000.000)
Rumah ini terletak di daerah Kensington di London Rumah ini bertingkat 5 dan mempunyai 10 bilik tidur, kolam renang dalam bilik, bilik sakit, wayang serta bilik sauna.



2. William Randolph Hearst’s Mansion ($ 165.000.000)

Rumah mewah ini milik William Randolph Hearst, mempunyai 3 kolam renang, 29 biliktidur dan dengan dewan yang sangat luas. dalamnya juga dikatakan terdapat satudiskotik dan sebuah mini pawagam.


1. Antilla ($ 1.000.000.000)

Inilah rumah yang paling mahal di dunia, rumah dimiliki oleh Mukesh Ambaniusahawandan millionair terkemuka berasal dari India yang juga merupakan orang yang masukdalam senarai 10 orang terkaya di dunia. Rumah ini mengandungi atas 27 tingkat dengan bilik yang sangat luas, bahkan parking kereta sahaja boleh menampung sehingga 150 kereta
 

Rumah korang plak mcm mna...ada kah mahal juga...sama yg dekat atas nie..
alee biar tak mahal..asal ada tempat berteduh kan...
kalo..ada duit lebih korang boleh lah kalah kan rumah2 kat atas nie ya..
kiky doakan semoga korang pun boelh bina rumah mcm nie...
amin...amin...amin...
...................................................
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,



“Aku Jatuh Cinta Pada DOA ”

Sebagai seorang muslim, kita seharusnya mengamalkan doa-doa sebagai mutiara dalam kehidupan seharian kita. Berikut ini adalah mutiara doa-doa harian untuk diamalkan setiap hari. Moga Allah memberkati hidup kalian. :)



Doa memohon akhlak terbaik dan rezeki yang berkat
“Ya Allah, semoga Engkau berkenan melimpahkan kesejahteraan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w dan selawat yang dapat melapangkan rezeki bagi kami dan menjadikan baiknya akhlak kami dan curahkanlah kesejahteraan atas keluarga dan sahabat-sahabatnya serta berikanlah keselamatan.”

Doa memohon kesihatan tubuh badan (baca pada waktu pagi dan petang)
“YA Allah, kurniakanlah kesihatan pada badan hamba, Ya Allah kurniakanlah kesihatan pada telinga hamba, Ya Allah kurniakanlah kesihatan pada mata hamba, Ya Allah, hamba berlindung kepada-Mu daripada kekufuran dan kepapaan, Ya Allah, hamba berlindung kepada-Mu daripada kesengsaraan azab kubur, tiada Tuhan melainkan Engkau.”

Teratai Terbesar di Dunia


Victoria amazonica adalah genus teratai air terbesar yang ada di dunia, dan mengambang di perairan cetek sungai basin amazon. Diameter daunnya dapat menjadi lebih dari 3 meter dan beratnya boleh mencapai 31 kg.
Teratai gergasi ini di sebut juga victoria regia sakah satu ratu victoria di United Kingdom, ketika di temukan oleh petualang yang bernama Robert Schomburgk pada tahun 1836









Sejarah Solat 5 Waktu


Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

Subuh:

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

Tua Sebelum Waktunya, Gadis 14 Tahun ini Seperti berumur 105 Tahun


Bexhill, East Sussex, Hayley Okines ialah gadis remaja yang baru berumur 14 tahun,tapi penampilan fizikal 7,5 kali lipat lebih tua daripada usia sebenarnya yang membuatkannya nampak seperti nenek-nenek umur 105 tahun. Penyakit jarang ditemui progeria membuatkannya tua sebelum waktunya.
Dokter sempat meramalkan Hayley Okines kecil tak akan bisa berperingkat hidup hingga berumur 13 tahun, tetapi Hayley baru sahaja menyambut ulang tahun yang ke-14tahun.
Hayley Okines (14 tahun) menderita penyakit jarang ditemui dipanggil progeria, iaitu penyakit penuaan awal pada kanak yang membuatkannya kelihatan lebih tua daripada umur normalnya, saat ini dikenal sebagai penyakit yang paling unik dan pelik yang pernah ditemukan.
Di luar ramalan dokter, Hayley pun baru saja meraikan ulang tahun yang ke-14 tahun.Bahkan dengan segala keanehannya, Hayley pun menerbit autobiografinya

Di dalam bukunya, Hayley menceritakan bagaimana kesukaran hidup yang harus dia hadapi akibat penyakit jarang ditemui progeria. Dia tidak suka sekolah karena progeria telah membuat tubuhnya seorang nenek berumur 105 tahun

Progeria membuat semua rambutnya gugur dan tidak tumbuh semulasaluran darah dibagian kepala kelihatan jelas, mengeriputnya kulit karena jaringan lemak yang tidak ada. Selain daripada itu, kuku melengkung dan rapuhpengerasan pada tulang sendi dan urat, pereputan tulang yang menyebabkan tulang mudah retak atau patah dan gigilewat tumbuh.
Progeria mengambil nama dari perkataan Yunani 'proeros' yang bermaksud sebelum masa lama. Penyakit langka ini membabitkan protein mutan dipanggil progerin yang mempercepat penuaan fizik.
Badan pesakit akan 8 kali ganda lebih tua daripada usia normalnya, sehingga membuatkan kulitnya nipis dan memiliki tulang yang rapuh. Pasien progeria juga biasanya akan meninggal dunia akibat serangan jantung atau stroke pada usia rata-rata 13 tahun.

"Ibu kata saya 1 daripada 8 juta pendudukkarena keadaan saya sangat jarang ditemui,jelas Hayley Okines di dalam bukunyaseperti disiarkan Dailymail, (12/3/2012).
Ibubapa Hayley yang berasal dari Bexhill, East Sussex, tahu ada yang sebarang masalah bayinya tidak tumbuh dan berat badannya tidak naik secepat bayi biasanya.
Dan bukan hati keluarganya hancur ketika ia didiagnosa dengan Hutchinson-Gilford Progeria Syndrome (HGPS)Cerita Hayley pun mula mendapat perhatian selepas membintangi film dokumenter 'The Girl who is Older than Her Mother and World' s Newest Teenager: Extraordinary Music '.
Pada April tahun yang lalu, Hayley dimaklumkan oleh dokter bahwa tulang punggungnya dalam bahaya dislokasi dan ia perlu memakai brace tidak nyaman hampir 24 jam sehari.
Keluarganya berharap penemuan dalam ilmu pengetahuan boleh membantunya berumur panjang dan lebih baik daripada penderita terdahulu yang telah meninggal dunia kerana penyakit ini.
"Saya berasa seperti memiliki jangka hadapan untuk direncanakan. Saya berpikir bahwa mungkin apabila saya membesar, saya akan menikah. Ibu mengatakan akan ada seseorang yang mesti menjadi sangat spesial untuk melihat melebihi progeriasaya, "katanya.


kita doakan semoga penyakit Hayley akan ada penawarNya..
amin...amin...amin....
.........................

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...