Seorang Anak Membangkang Perintah Ayahnya


Ketika Rasulullah S.A.W memanggil kaum Muslimin yang mampu berperang
untuk terjun ke gelanggang perang Badar, terjadi dialog menarik antara Saad
bin Khaitsamah dengan ayahnya yakni Khaitsamah. Dalam masa-masa itu
panggilan seperti itu tidak terlalu menghairankan. Kaum Muslimin sudah tidak
merasa asing bila dipanggil untuk membela agama Allah dan jihad fisabilillah.
Sebab itu Khaitsamah berkata kepada anaknya, "Wahai anakku, aku akan
keluar untuk berperang dan kau tinggal di rumah menjaga wanita dan anakanak."
"Wahai ayahku, demi Allah janganlah berbuat seperti itu, kerana keinginanku
untuk memerangi mereka lebih besar daripada keinginanmu. Engkau telah
berkepentingan untuk tinggal di rumah, maka izinkanlah aku keluar dan
tinggallah engkau di sini, wahai ayahku."
Khaitsamah marah dan berkata kepada anaknya, "Kau membangkang dan
tidak mentaati perintahku."

Saad menjawab, "Allah mewajibkan aku berjihad dan Rasulullah
memanggilku untuk berangkat berperang. Sedangkan engkau meminta
sesuatu yang lain padaku, sehingga bagaimana engkau rela melihat aku taat
padamu tetapi aku menentang Allah dan Rasulullah."
Maka Khaitsamah berkata, "Wahai anakku, apabila ada antara kita harus ada
yang berangkat satu orang baik kau mahupun aku, maka dahulukan aku
untuk berangkat."

Saad menjawab, " Demi Allah wahai ayahku, kalau bukan masalah syurga,
maka aku akan mendahulukanmu."
Khaitsamah tidak rela kecuali melalui undian antara dia dan anaknya
sehingga terasa lebih adil. Hasil undian menunjukkan bahawa Saadlah yang
harus turun ke medan perang. Dia pun turun ke medan Badar dan mati
syahid.

Setelah itu Khaitsamah berangkat menuju medan pertempuran. Tetapi
Rasulullah tidak mengizinkannya. Hanya sahaja Rasulullah akhirnya
mengizinkannya setelah Khaitsamah berkata sambil menangis, " Wahai
Rasulullah, aku sekali terjun dalam perang Badar. Lantaran inginnya aku
harus mengadakan undian dengan anakku. Tetapi itu dimenangkannya
sehingga dia yang mendapat mati syahid. Kelmarin aku bermimpi di mana di
dalamnya anakku itu berkata kepadaku, "Engkau harus menemani kami di
syurga, dan aku telah menerima janji Allah. Wahai Rasulullah, demi Allah aku
rindu untuk menemaninya di syurga. Usiaku telah lanjut dan aku ingin
berjumpa dengan Tuhanku."
Setelah diizinkan Rasulullah, Khaitsamah bertempur hingga mati syahid dan
berjumpa dengan anaknya di syurga.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini
Satu Comment Pun Kira Ok Sudah (^_*)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...