Kamera Terkecil di Dunia Ini Hanya Seukuran Ujung Jari


WALAU bentuknya hanya bersaiz hujung jari, kamera kecil ini tak kalah dari kamera yang berukuran lebih jumbo.

Diklaim sebagai kamera terkecil di dunia, kamera 2 megapixel ini dihasilkan dengan berat hanya sekitar 28 gram.

Jangan tertipu dengan ukurannya, kerana si kecil ini selain mampu mengambil gambar juga boleh merakam video.

Kamera ini dihasilkan oleh Hammacher Schlemmer, sebuah syarikat tekno yang berpusat di New York.

"Walaupun menjadi kamera terkecil di dunia dan ukurannya hanya sedikit lebih besar dari marmar, tapi kamera ini dapat menghasilkan gambar dan video, sama sepertikamera yang lebih besar," ungkap Fred Berns, General Manager Hammacher Schlemmer kepada Daily Mail,

Berns menambah, kamera ini menghasilkan gambar dengan format JPEG dengan resolusi 1600 x 1200 dan dilengkapi dengan autofocus.

Melalui kabel USB, kamera ini boleh dihubungkan ke komputer untuk menyimpan hasil jepretan foto anda.

Walau mudah disimpan di poket, tapi kamera ini juga dilengkapi dengan strap yang selesa digenggam mahupun digantung di leher.

"Benar-benar peranti yang luar biasa dan diharapkan mampu mendapat respon luar biasa dari para penggemar fotografi.

2 comments:

  1. Wahh !!! kat mana ada jual ni ?? Comel !! hihii ^_^

    ReplyDelete
  2. kalau ade org kasik free, mmg sye nak bende nih :D

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini
Satu Comment Pun Kira Ok Sudah (^_*)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...