Siapa Jodoh Ku???

     Assalamualikum.... 

Selamat malam...n Tiba2 plak kiky terfikir pasal 
Siapa Jodoh Ku?? Hhhuuuu..Time Habis solat Ishak tadi terfikir
Jodoh kiky Siapa yew???

Kiky pun tak tahu siapa jodoh kiky,Hanya ALLAH saja
yang tahu..kiky hanya sabar jew..
kerna manusia hanya meracanag,ALLAH yg menetukan 
semua yew..

Sungguh agung pemberian yg maha esa bukan,
ALLAH TAALA telah menetapkan setiap insan itu sudah punyai jodoh 
masing2.Sebelum dilahirkan ke dunia lagi ALLAH  telah menetapkan 3 perkara kepada 
setiap insan iaitu Rezeki,Kematian dan Jodoh.Kadang2 jika difikirkan mengenai jodoh,
Rasa malas dah nak mencari jodoh kita,tetapi bak kata seorang Ustaz,sedangkan nasi yg mengenyangkan sementara pun harus dicari dan disuap ke mulut.

Inikan pula nak mencari seorang Zaujah utk mendampingi kita sepanjang hayat,
mulai saat diijabkabul hinggalah berkekalan di syurga ALLAH.
Kadang kala jadi pening gak sebab benda2 macam ni memang memeningkan,
Tapi nak buat mcm mana,kita kena pening untuk memikirkan benda yg pening begini.

Apa yg daku impikan hanyalah seorang lelaki yg berusaha untuk menjadi Soleh,
sepertimana diri ini.Insyallah daku akan berusaha untuk menjadi wanita yg soleha 
dan hamba ALLAH yg berusaha bersungguh2 
untuk mendapatkan redha-Nya,Insyallah.
Ya ALLAH,kau kuatkanlah hatiku ini dikala hatiku seakan-akan
memberontak untuk dikasihi oleh seorang lelaki.


Kuatkanlah imanku sekuat-kuatnya agar dapat aku menjaga pandanganku
dari penahan syaitan yg durjana.Hadirkanlah seorang 
lelaki yg soleh dalam hidupku,seandainya telah tiba saatnya untuk daku
mencintai sesiapa dalam hidupku,maka kau (ALLAH) letakkanlah cintaku pada sesiapa
yg mencinta-Mu lebih dari mencintaiku.
Dan daku berjanji akan mencintai dia melebihi daku mencintai diriku sendiri
kerana dia adalah amanah untuk daku.
Namun Ya ALLAH seandainya telah tiba saat itu,kau jagalah hubungan kami dengan 
sebaiknya agar tidak berlaku perselisihan faham yg membawa kepada 
pergaduhan yg besar.

Setiap pernikahan tidak akan dapat lari dari perselisihan faham,
namun kau (ALLAH) jagalah hati kami agar kami dapat 
menyelesaikannya dengan mudah dan mengikut
cara yg disuruhMu dan disuruh kekasiMu,
Muhammad Rasullallah
S.A.W.


"Setiap Perempuan yang baik adalah untuk Lelaki yang baik"
Dan setiap wanita yang jahat adalah untuk Lelaki yang jahat"



Wassalam.........

2 comments:

  1. abg doakan agar Kiky bertemu jodoh dgn suami yg baik serta beriman ....mcm abg he3

    ReplyDelete
  2. ape title lagu background tu..?

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini
Satu Comment Pun Kira Ok Sudah (^_*)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...