CEMBURU TANDA SAYANG KE???


Cemburu....cemburu....cemburu......
ape ke itu....???
cemburu ialah mcm kiky lah sekarang nie kes cemburu!!!
oopppssss....cemburu kiky bukan gan pakwe cuma gan masa je huuhuhu

Setiap manusia mesti ada naluri cemburu kan??
...tak...tak???mustahil...lah kan...
tak ada naluri cemburu...

Ape???perempuan lagi kuat cemburu...
siapa cakap..???beritahu kiky sekarang...
nie yg buat panas nie...
huhuhu

Kalau kiky lah mesti lah lelaki yg kuat cemburu..
bukan perempuan pun...

uiittt...menjeling lah plak kaum lelaki dah
gan kiky...nie...
ok..ok...sebenarya...cemburu nie dari perasaan
kita jew..kalau kita bijak mengawal
perasaan kita..ok lah...kalau tak
habis lah....lebih2 lagi dalam perhubungan..
memg lah susah nak bebrbaik,,,

cemburu tanda sayang!!!!!
ea kot...tak kot...
aduhh pening nie..
yg mane satu  nie betul...ea ke @ tak...

sebenarnya cemburu 2 boley..tapi jangan terlamapu
plak...e2 bukan syg dah kalau terlampau
hehehehe..

keseimpulan yew...korang fikir2 lah mana yg betul
ok..kiky dah fikir...korang plak??

Tanda-tanda Cemburu :

1. Dia menelefon beberapa kali sehari
dan marah apabila kamu tiada.

2. Dia menelefon kamu semasa kamu sedang sibuk dan tetap mendesak mahu
bercakap dengan kamu.

3. Dia menuduh sesuka hati bahawa kamu telah keluar dengan lelaki/wanita
lain.

4. Dia selalu mengintip dan cuba mencari peluang untuk mencari kesalahan kamu.

5. Dia mengugut membunuh diri jika
kamu meninggalkannya.

6. Dia hanya mahu kamu sentiasa bersamanya dan marah walaupun kamu keluar dengan kawan-kawan lelaki/
wanita yang lain.

7. Dia tidak suka pergi ke majlis sosial kerana bimbang lelaki/wanita lain tertarik kepada kamu.

8. Dia menyoal seperti seorang polis ke mana kita pergi dan dengan siapa.

9. Dia bermasam muka jika kamu kerja lebih masa.

10. Dia tidak peduli dengan penjelasan
kamu.




Tip Mengawal Keadaan Pasangan Yang Cemburu :


1. Jika pasangan kamu mula menunjukkan rasa cemburu, jangan
terbawa-bawa dengan sifatnya itu. Mungkin kamu tidak perlu menjawab setiap soalannya. Lebih baik berdiam diri saja daripada terus menyemarakkan kemarahannya.

2. Terima hakikat bahawa dia tidak berniat untuk melukai hati kamu.
Mungkin ini sifat semula jadinya dan
jangan ambil hati.

3. Coba upaya kamu untuk membina keyakinan diri. Puji dia jika perlu. Minta nasihatnya dan salurkan
rasa cinta kamu.

4. Jangan berfoya-foya dengan wanita/lelaki lain. Ini hanya membuatkan situasi
lebih sukar. Apa yang dia perlukan adalah sokongan yang berterusan.

5. Berbincang dengan pasangan tentang
perasaan cemburunya.



Atasi Sifat Cemburu:


1. Hormati perasaan pasangan kamu. Dia
juga mempunyai hak untuk menilai kecantikan wanita/lelaki lain.

2. Bagi diri sendiri masa untuk mengatasinya. Jika kita memang seorang yang cemburu, usah berharap kamu boleh berubah dalam masa yang singkat.

3. Tuliskan apa perasaan kamu apabila kamu merasa cemburu. Marah? Tidak tentu arah? Menangis? Geram? Rasa malu? Adakah kamu ingin meneruskan hidup kamu dengan cara ini? Jika jawabannya tidak, maka berubahlah segera.

4. Cuba fikirkan bagaimana cemburu
kamu meledak. Adakah adil kamu menyisihkan si dia daripada orang lain?
Bukannya sesuatu yang teruk andainya dia senyum dengan orang lain.

5. Bina keyakinan diri. Kita mungkin rasa tidak selamat jika bergantung kepada si dia. Luaskan persahabatan dengan
orang lain.



Kesan Positif Cemburu:


1. Mengelakkan si dia curang kepada kamu

2. Sentiasa menghormati kamu dan tidak pandang pada orang lain apabila
bersama kamu.

3. Sentiasa menjaga hati kamu

4. Segala pergerakannya di bawah kawalan kamu

Kesan Negatif Cemburu:


1. Si dia akan cepat bosan bersama kamu

2. Percintaan kamu hambar kerana kamu langsung tidak ada kawan lain

3. Selalu berlaku pertengkaran kerana
sifat curiga yang terlampau

4. Pergerakan sentiasa diawasi seperti orang bersalah.



3 comments:

  1. huhu... topik sensitif ne.. terpulang la pada masing2 cm ne nak mengatasi perasaan cemburu ni kn :)

    ReplyDelete
  2. bagi abg..cemburu tu boleh..tp jgn terlalau melampau sangat

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini
Satu Comment Pun Kira Ok Sudah (^_*)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...