Impian Perkahwinan Si Adek Syeri !

Hello Kitty


Assalamualaikum . . .


Setiap perempuan mesti ada impian perkahwinan sendiri.Mesti ada juga walaupun sikit.Sekurang-kurangnya mesti terbayang baju nanti nak pakai warna apa kan? Lain dari lelaki,diorang selalunya tak kisah dengan majlis perkahwinan.Kalau boleh nak buat sesimple mungkin.Yang penting bagi diorang,kehidupan selepas kahwin.  

Seriusly cikk kiky pun ada angan-angan nak buat majlis kahwin besar-besaran.Nak pelamin mewah comel dan besar.Nak baju designer popular.Nak perfect dari A-Z. Angan angan yg tu semua ada..nak sediakan pelbagai jenis makanan untuk tetamu dan sediakan doorgift yang best best .Angan angan sebijik macam anak dato atau artis kahwin memang tak lah cikk kiky . Haha! Sebab semua tu menelan belanja yg besar kot..Cuma boleh telan air liur jak lah haha ! Artis tu lain la.. kadang kadang ada orang sponsor kan. Jimat duit dia orang. 

Amboii cikk Kiky kemain cakap pasal impian perkahwinan.Bila nak kahwinNya?? haha jawapanNya lambat lagi sebenarNya,Inshaallah ada jodoh ada rezeki panjang umur tibalah masa tu nanti aamin .

yang penting sekarang berangan dulu! haha 


Syeri & Aslan


Angan angan si adek manis ku Syeri dah tercapai untuk pelamin yang selama ini diimpikan "Anak itik dicelah pandan sambil berenang berdua dua sama cantik sama padan bagai pinang dibelah dua " cewahhh cikk kiky berpantun lagi .Yang di luar sana mesti nak tahu kan siapalah yang buat Pelamin Comel,bah Kredit sama orang dibelakang tabir Bridal by Butik Hati Ke Hati  Photografi by Irvan Photografi & Cake by Azlan Muslimin . Jika berminat kamu like lah fanpage dorang erkkk ..


Apa apapun cikk kiky doakan adek ku Syeri & Aslan semoga kekal ke til jannah aamin.okay cikk kiky nak belanja korang gambar cikk kiky dengan si pengantin dekat atas pelamin comel ni nak ambil berkat manalah tahu tahun depan cikk kiky plak yang sanding kan hihi!
 ya staytune hihi ..

Cuba Kamu Komen impian pelamin korang ? 

okay baii . . .

Waalaikumsalam .



















" Kau Pergi Tak Kan Kembali "

Assalamualaikum . . . 

Tanggal 05/12/2015 bersamaan hari sabtu Kau Pergi Tak Kan Kembali lagi AL-FATIHAH,dan
Tanggal 12/12/2015 bersamaan hari sabtu" Genap seminggu Kau Meninggalkan Kerabat,Teman
dan Rakyat Jelata."wahai Hamba-Ku"  Kini kau tinggal seorang diri,Tiada Kerabat dan tiada Teman,dan juga Rakyat Jelata
Di sebuah tempat kecil, sempit dan gelap,Mereka pergi meninggalkan mu seorang diri,
Padahal, karena mereka kau pernah langgar perintah-Ku.Hari ini,Akan Ku tunjukkan kepada mu
Kasih sayang Ku,Yang akan takjub seisi alam,Aku akan menyanyangi mu lebih dari kasih sayang seorang ibu pada anaknya.

Yakinlah, dunia dan alam semesta tidak akan bersedih dengan kepergianmu. Ekonomi akan tetap berlangsung! Posisi pekerjaanmu akan diisi orang lain. Hartamu menjadi harta halal bagi ahli warismu. Sedangkan kamu yang akan dihisab dan diperhitungkan untuk yang kecil dan yang besar dari hartamu! 



Kesedihan atasmu ada 3:

1. Orang yang mengenalmu sekilas akan mengatakan, kasihan.

2. Kawan-kawanmu akan bersedih beberapa jam atau beberapa hari lalu mereka kembali seperti sediakala dan tertawa-tawa.


3. Di rumah ada kesedihan yang mendalam! Keluargamu akan bersedih seminggu dua minggu, sebulan dua bulan, dan mungkin hingga setahun?? Selanjutnya mereka meletakkanmu dalam arsip kenangan!


Demikianlah “Kisahmu telah berakhir di tengah-tengah manusia”. Dan kisahmu yang sesungguhnya baru dimulai, Akhirat! Telah musnah kemuliaan, harta, kesehatan, Telah engkau tinggalkan rumah,istana.

Kini hidup yang sesungguhnya telah dimulai.


Pertanyaannya adalah:

Apa persiapanmu untuk kuburmu dan Akhiratmu?


Hakikat ini memerlukan perenungan. Usahakan dengan sungguh-sungguh, menjalankan kewajiban-kewajiban, hal-hal yang disunnahkan, sedekah rahasia, merahasiakan amal shalih, shalat malam, Semoga saja aku dan engkau selamat. Aamiin.

Andai engkau mengingatkan manusia dengan tulisan ini InSha Allah pengaruhnya akan engkau temui dalam timbangan kebaikanmu pada hari Kiamat.



Kau Dalam Kenangan Almarhum Y.A.M Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sulatan Ibrahim Ismail





Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.QS Ar-Ra’du ayat 28)



“Berilah peringatan, karena peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin”



"MATI itu pasti dan tidak mengenal USIA"

Assalamualaikum . . .

Lama sudah kiky tak updet blog ini rasa macam berhabuk sudah blog ni dua tahun tak updet,
tapi malam ini kiky rasa tergerak hati nak updet blog atas sebab seseorang ini ..opss !! mesti korang ingatkan bofren kiky kan..SebenarNya hati kiky tergerak nak updet disebabkan
 "Almarhum Tunku Abdul Jalil" Kenapa "Almarhum Tunku Abdul Jalil" entah kenapa kiky tiba tiba tergerak hati nak updet pasal Almarhum sedangkan kiky tak ada pertalian langsung pun bahkan kenal rapat pun tak? Yang pastiNya hati ini memang nak ceta pasal Almarhum....


Hati ini terusik sikit atas keperibadian Almarhum yang dikatakan seorang Putera Raja yang berjiwa Rakyat,Yang sanggup keluar curi curi dari Istana untuk hidup seperti Rakyat Biasa & juga tiada lagi anak raja yang sorok sorok makan tepi pantai,tiada lagi anak raja yang mencemar duli belajar buat abc di kaki lima,tiada lagi anak raja yang menyakat dan bergurau dengan nurse-nurse sewaktu di hospital & tiada lagi anak Raja yang sanggup bekerja basuh kandang zoo itu semua hanya tinggal kenangan sahaja...& yang paling tersentuh hati ini biarpun Almarhum sakit tapi dia juga tetap membagi semangat kepada penghidap kenser .




Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, 25, mangkat pada pukul 7.11 malam tadi di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini akibat kanser.
“Merafak sembah ucapan takziah kepada seluruh kerabat Diraja Johor atas kemangkatan YAM Tunku Jalil Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor yang telah kembali ke rahmatullah pada 5hb Disember 2015.
Almarhum Tunku Abdul Jalil yang terkenal sebagai seorang yang merendah diri dan begitu dekat dengan rakyat didiagnosis menghidap kanser 20 Ogos tahun lalu.

Apa-apa pun malam ni kiky updet ini sahaja..esok esok kita updet lagi oky...Al-FATIHAH 






Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. (Surah al-Anbiyaa': ayat 35)

Rahsia Cinta Lelaki



Saya percaya tentu terdapat segelintir kaum perempuan yang sudah serik untuk menjalinkan hubungan
serius dengan kaum lelaki setelah beberapa kali dikecewakan.

Adakah anda ingin memegang title " SINGLE & AVAILABLE " hinggah bila-bila? Dan apakah yang harus anda lakukan untuk membuat pilihan yang tepat dalam memilih teman hidup dari kaum Adam?
Tips-tips berikut diharap membantu anda serbah sedikit dalam memilih lelaki yang benar-benar ikhlas dan
menyayangi diri anda.

Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia akan pada kekasihnanay dengan ikhlas.
perubahan sikapNya dapat dilihat dengan jelas.Hati lelaki yang dianggap keras selama ini,
Tiba-tiba secara semulajadi akan menajadi selembut kapas apabila sudah JATUH CINTA dengan relaNya.
Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihNya.
Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatiNya dilukai.Namun kaum wanita
janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk anda.

Berikut adalah tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan jujur dan ikhlas

McDonalds Tawau



Assalamualaikum...
n pada rakan2 blog kiky..waahh kiky rasa lama dah kiky x berblog ya..n lama
betul x updet blog kiky...maklum lah x ada masa..
bezy terus...lorhh...

Hari nie kiky ceta pasal...
Restoran Baru nie...
yang baru d bina d Bandar Tawau...

" McDonalds "
mesti korang hairan kan...McDonalds..
bukan Restoran Baru pun...dah lama sebnrNya...

Boyfriend Kiky Rambut Baru Makin Macho


Assalamualaikum.....
hari nie kiky nak ceta pasal BF kiky nie amboi...
makin hari makin hensem lah plak...
nie yg makin hari tak tahan tengok rupa dia nie..(mengatal sikit)
hehehehe...#

Kangta Kembali Berlakon??


Kangta dikhabarkan tengah

Press Conference "Love Rain"


Pada tarikh 22 Mac 2012lebih dari 350 wartawan dan jurugambar beramai-ramai ke Hotel Lotte di Seoul untuk sidang akhbar drama yang akan datang "Love Rain" yang dibintangi Jang Geun-seok dan Yoona SNSD. Seorang wakil dari "Love Rain" menyatakan, "Wartawan tempatan dan antarabangsa datang ke tempat sidang media,tiga jam sebelum bermulanya acara. Kami percaya ini adalah respon terbesar darisidang akhbar yang pernah dimiliki".

Status Orang Mati Bunuh Diri


Hadis :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:":Sesiapa yang membunuh dirinya dengan benda tajam, maka benda tajam itu akan dipegangnya untuk menikam perutnya di neraka Jahanam. Hal itu akan berlangsung selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun sehingga mati, maka ia akan meminumnya di dalam neraka Jahanam selama-lamanya. Sesiapa yang menjatuhkan diri dari gunung semata-mata untuk membunuh diri, maka ia akan menjatuhkan dirinya ke dalam neraka Jahanam selama-lamanya." Riwayat Abu Hurairah

Huraian : 

i) Suatu topik yang sedang hangat terjadi dalam masyarakat hari ini ialah kejadian BUNUH DIRI. Dilaporkan bahawa puncanya adalah disebabkan kurangnya tahap didikan dan beratnya beban yang ditanggung oleh si pelaku.

ii) Di dalam Islam perbuatan membunuh diri adalah termasuk dalam dosa besar dan dilarang keras. Hal ini kerana manusia adalah makhluk yang dimuliakan oleh Allah dan diutamakan melebihi makhluk-makhluk ciptaan-Nya yang lain.

iii) Orang yang membunuh diri adalah orang yang lari dari tanggungjawab kemanusiaannya. Lebih parah daripada itu perbuatan tersebut menunjukkan kurangnya kepercayaan seseorang itu terhadap takdir Allah S.W.T sedangkan Islam mengajarkan umatnya tentang kepentingan sabar dan tawakkal serta melarang daripada sifat berputus asa dan sebagainya. 


iv) Orang yang beriman tidak boleh membunuh dirinya sendiri dengan sebarang alasan kerana Allah S.W.T pernah berfirman yang maksudnya:
"Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu." (an-Nisaa: 29)

Keliru Sama Ada Nazar Boleh Atau Tidak


Bernazar untuk tidak membuat dosa adalah sah. Golongan Salaf ada yang melakukan nazar agar mereka tidak melakukan dosa Ini merupakan cara mereke mendidik diri agar tidak melakukan dosa, dan mendenda diri merekam jika melanggainya. Petikan dari Siyar Alaam al-Nubalaa' (9/228) :-

قال حرملة : سمعت ابن وهب يقول : نذرت أني كلما اغتبت إنساناً أن أصوم يوماً فأجهدني ، فكنت أغتاب وأصوم . فنويت أني كلما اغتبت إنساناً أني أتصدق بدرهم ، فمن حب الدراهم تركت الغيبة.
"Berkata Harmalah : Aku telah mendengar dari Wahab berkata : I bernazar jika setiap kali aku mengumpat pasal seseorang Aku akan berpuasa 1 hari dan akan memenatkanku, kerana aku pernah mengumpat dan berpuasa. Oleh itu, setiap kali aku mengumpat pasal seseorang aku berjanji akan memberi 1 dirham kepada kebajikan, dan disebabkan aku sayang pada duit maka aku telah meinggalkan mengumpat"

Zahabi mengatakan : itulah demi Allah, sikap seorang ulama',

Nazar adalah melakukan berjanji melakukan sesuatu kerana Allah.

Firman Allah swt :-

وَمِنْهُمْ مَنْ عَاهَدَ اللَّهَ لَئِنْ آتَانَا مِنْ فَضْلِهِ لَنَصَّدَّقَنَّ وَلَنَكُونَنَّ مِنَ الصَّالِحِينَ
"Dan di antara mereka ada yang membuat janji dengan Allah dengan berkata: Sesungguhnya jika Allah memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, tentulah kami akan bersedekah dan tentulah kami akan menjadi dari orang-orang yang soleh. " [Surah al-Taubah : 75]

Abu Bakr al-Jassaas mengatakan ayat ini : (فِيهِ الدَّلالَةُ عَلَى أَنَّ مَنْ نَذَرَ نَذْرًا فِيهِ قُرْبَةٌ لَزِمَهُ الْوَفَاءُ ; لأَنَّ الْعَهْدَ هُوَ النَّذْرُ وَالإِيجَابُ ) - "menunjukkan bahawa barangsiapa yang melakukan nazar mendekati Allah hendaklah menunaikannya, kerana sesungguhnya Nazar adalah Nazar dan ia adalah satu kewajipan". [Ahkaam al-Quran, 3/208].

Barangsiapa yang telah bernazar hendaklah dia tunaikan. Sabda Nabi :-

من نذر أن يطيع الله فليطعه
"Barangsiapa yang bernazar untuk ta'at kepada Allah, maka biarkan dia menta'atinya" [Hadith Riwayat al-Bukhari #6318].

Mereka yang bernazar mempunyai 2 pilihan :-

a. Meneruskan untuk menunaikan Nazar tersebut.
b. Membatalkan nazar dan dikenakan Kafaarat Yameen (Kifarat)

Membatalkan nazar - Kafaarat Yameen

Hendaklah seseorang yang membatalkan nazar melakukan perkara berikut (kafaarat yameen) :-

a. Memberi makan kepada 10 orang miskin, atau
b. Memberi pakaian kepada 10 orang miskin, atau
c. Membebaskan hamba.

Jika tidak mampu melakukan diatas, barulah berpuasa selama 3 hari. Firman Allah swt :-


لَا يُؤَاخِذُكُمُ اللَّهُ بِاللَّغْوِ فِي أَيْمَانِكُمْ وَلَكِنْ يُؤَاخِذُكُمْ بِمَا عَقَّدْتُمُ الْأَيْمَانَ فَكَفَّارَتُهُ إِطْعَامُ عَشَرَةِ مَسَاكِينَ مِنْ أَوْسَطِ مَا تُطْعِمُونَ أَهْلِيكُمْ أَوْ كِسْوَتُهُمْ أَوْ تَحْرِيرُ رَقَبَةٍ فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ ذَلِكَ كَفَّارَةُ أَيْمَانِكُمْ إِذَا حَلَفْتُمْ وَاحْفَظُوا أَيْمَانَكُمْ كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
"Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah dan jagalah (peliharalah) sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum agamaNya) supaya kamu bersyukur. " [surah al-Maa'idah : 89]


Roh Harum & Roh Busuk


Hadis :Dari Abu Hurairah r.a katanya: "Apabila roh orang-orang mukmin keluar dari tubuhnya dua orang malaikat menyambutnya dan menaikkannya ke langit." Kata Hammad :"Kerana baunya harum seperti kasturi." Kata penduduk langit " Roh yang baik datang dari bumi. Sallallahu ‘alaika (semoga Allah melimpahkan kebahagiaan kepadamu) dan kepada tubuh tempat engkau bersemayam." Lalu roh itu dibawa ke hadapan Tuhannya Azza wa Jalla. Kemudian Allah berfirman:"Bawalah dia ke Sidratul Muntaha dan biarkan di sana hingga hari kiamat." Kata Abu Hurairah selanjutnya:" Apabila roh orang-orang kafir keluar dari tubuhnya – kata Hammad, berbau busuk dan mendapat makian-, maka berkata penduduk langit,"Roh jahat datang dari bumi." Lalu diperintahkan, bawalah dia ke penjara dan biarkan di sana hingga hari kiamat."
(Muslim)

Aku Ingin Mencintaimu Dengan Sederhana


Cintaku sederhana dalam kesederhanaan..
Cintaku tak berkobar-kobar penuh nafsu..
Cintaku sederhana dalam keterbatasan..
Cintaku tak menggebu-gebu laksana cinta yang semu, bergelora di awal namun redup di tengah perjalanan.
Cintaku sederhana, namun sanggup mencintaimu apa adanya..
Cintaku sederhana, namun mampu menyayangimu tulus..
Cintaku sederhana, namun hadir saat kau terjatuh..
Cintaku sederhana, namun ada saat kau terluka..
Cintaku sederhana, namun diikat dengan kesetiaan..
Cintaku sederhana, namun terukir di hati yang tulus.
Cintaku penajam imanku..
Cintaku penebal keyakinanku..
Cintaku penawar hati dari kelelahan dunia..
Cintaku sederhana, hanya mampu memberi..
“Aku ingin mencintaimu dengan sederhana..”

Kisah Pemuda Beribu-Bapakan Babi



Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah
S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit
Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa
sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah
kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang
di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan
mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah
mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan
mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan
akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya
bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan
masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan
melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa
seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi
Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam
hatinya penuh kehairanan.
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap
sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik.
Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor
babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan.
Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih
sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa
agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam.
"Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata
Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah
ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar,
Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal
dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku
sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari
aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat
tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan
tugasku.", sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku
bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang
sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu
lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai
Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil
baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang
sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan
maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di
maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat
kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami
pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang
soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka
pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada
ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti
babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat
kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan
urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang
sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau
banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan
kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua
ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat
yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam
kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran
wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah
dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di
sisi Allah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...