Mencintai Atau Dicintai?

Apa pendapat anda melalui pernyataan di atas.
Mencintai ataupun Dicintai? Manakah satu pilihan hati anda? Adakah mungkin anda memilih untuk mencintai ataupun dicintai?

Yang pastinya cinta itu adalah satu kalimah yang sangat indah. Cinta sentiasa ada dalam kehidupan kita dan ianya akan terus tersemai selagi mana hamba ALLAH masih wujud di dunia ini.

Dengan dicintai kita menjadi orang yang sangat bahagia.Dengan disayangi kita menjadi orang yang sangat dihargai.
Dengan dilindungi kita menjadi orang yang sangat aman dan tenang.
Mencintai orang yang mencintai kita merupakan kebahagiaan.Menyayangi orang yang menyayangi kita merupakan kemesraan.
Melindungi orang yang melindungi kita merupakan saling menjaga.


Sematlah cinta anda itu terhadap Islam, keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan serta keseluruhan hamba ALLAH di muka bumi ini. Insyallah…

Doa Memohon Cinta Allah


Nabi Daud ’alihis-salaam merupakan seorang hamba Allah yang sangat rajin beribadah kepada Allah. Hal ini disebutkan langsung oleh Nabi Muhammad shollallahu ’alaih wa sallamNabi Daud ’alihis-salaam sangat rajin mendekatkan diri kepada Allah.
Beliau sangat rajin memohon kepada Allah agar dirinya dicintai Allah. Beliau sangat mengutamakan cinta Allah lebih daripada mengutamakan dirinya sendiri, keluarganya sendiri dan air dingin yang boleh menghilangkan dahaga musafir dalam perjalanan terik di tengah padang pasir.
Inilah penjelasan Nabi Muhammad shollallahu ’alaih wa sallam mengenai doa Nabi Daud
tersebut:

Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam bersabda: “Di antara doa Nabi Daud ’alihis-salaam ialah: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu cinta-Mu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarku kepada cinta-Mu.
Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.” Dan bila Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam mengingat Nabi Daud ’alihis-salaam beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.” - (HR Tirmidzi 3412)
Sesungguhnya serahkanlah masamu untuk Allah, pasti Allah akan aturkan masamu sebaik mungkin, serahkan juga cintamu hanya untuk Allah, pasti duberikan cintamu kepada pemiliknya sebenar.



"Mengapa Engkau Nak Cepat Kahwin Dengan Anak Pakcik?


Seorang bapa bertanya
kepada bakal
menantunya:
"Mengapa engkau nak
cepat kahwin dengan
anak pakcik? Bagi 7
alasan engkau."

1. dah jumpa pasangan,
harus dicepatkan kahwin
(hadith)
2. nak jaga mata, hati
dan kemaluan
3. nak ikut sunnah,
kahwin, ajal bila2 masa
sahaja
4. nak ada zuriat yg dapat
bahagia dan doakan
kami, mati bila2 masa aje
5. dapat beribadat
dengan pahala yang
berganda bila sudah
punya isteri, sedangkan
memandangnya sahaja
sudah perolehi pahala
6. dapat merasa
tanggungjawab sebagai
suami dan menjadi
seorang yg lebih berfikir
lebih matang serta
bijaksana bagaimana nak
menyara keluarga
7. nak ambil amanah ibu
dan ayahnya dan jaganya
serta didiknya dengan
kehidupan agama
8. saya sayang dan
cintakan anak pakcik ♥

wallahua'lam ^_^'

APA SEBENARNYA CINTA.. ?


Adakah tapak tanganmu
berkeringat, hatimu
berdebar kencang dan
suaramu tersekat di
dada? Itu bukan CINTA,
itu SUKA.

Adakah awak
tidak dapat melepaskan
pandangan mata
daripadanya? Itu bukan
CINTA, itu NAFSU.

Adakah awak tetap
mengatakan awak
menyintainya kerana
awak tidak ingin melukai
hatinya? Itu bukan CINTA,
itu BELAS KASIHAN.

Adakah awak menjadi
miliknya kerana
pandangan matanya
membuat hatimu
melompat? Itu bukan
CINTA, itu TERGILA-GILA.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...