YA, jika lazimnya mesin ATM mengeluarkan wang, ATM yang satu ini dapat mengeluarkan cupcake yang lazat.
Sprinkles, sebuah kedai kuih terkenal di Beverly Hills, baru-baru ini melancarkan sebuah mesin ATM khusus cupcake.
Mesin ATM yang aktif selama 24 jam itu dilancarkan selain untuk mengurangkan barisan pembeli di kedai, juga untuk memuaskan keinginan para penggemar cupcake siang dan malam.
Mesin ATM berwarna pink itu akan menjalani uji cuba selama dua minggu dan dipasang di antara kedai kuih Sprinkles dan kedai ais krim yang akan dibuka, yang juga milik Sprinkles.
Para pembeli boleh memilih lapan jenis cupcake dengan harga $ 4 (sekitar RM 12.00) dan stoknya akan terus dikemaskini selama 24 jam untuk menjaga kesegarannya. ATM ini juga boleh menampung 600 cupcake dan stok akan diganti setiap dua jam.
"Mesin ini berhubung langsung dengan kedai kuih kami yang buka selama 24 jam.Secara rutin, kami menyediakan stok baru dengan cupcake yang dijamin segar kerana baru dibuat dua jam sebelumnya, "papar Nicole Schwarts, kepala marketing Sprinkles,seperti dikutip Daily Mail.
Selain membuka kedai kek dan ATM khusus cupcake, Sprinkles juga merancang membuka kedai kek khusus anjing. Alasannya, jabatan kesihatan tempatan melarang para pengunjung untuk memasuki kedai kuih dengan anjing peliharaan mereka.
"Anda tidak perlu lagi mengikat anjing anda di luar kedai. Mereka juga boleh ikut menikmati lazatnya cupcake di Sprinkles, "tutur Schwarts.
Kemunculan ATM cupcake ini juga berjaya menarik perhatian sejumlah selebriti. Heidi Klum, Blake Lively dan Kardashian bersaudara tercatat sebagai pelanggan tetapSprinkles, terlebih sejak ATM ini dipasang.

No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini
Satu Comment Pun Kira Ok Sudah (^_*)